Jumaat, 16 Disember 2011

Sasterawan Negara; Abdullah Hussain Memuji Golongan Kaum Muda.

Penulis: Suhili bin Nain.


Semenjak dilancarkan blog Cerpen Dakwah, saya mula berceburkan diri dalam bidang penulisan sastera cerpen. Pada asalnya niat saya menulis cerpen hanyalah sekadar suka-suka atau untuk mengisi masa lapang, namun tanpa disangka semakin lama saya menulis, saya menjadi semakin tertarik dengan cerpen dan sastera. Saya tertarik dengan keindahan bahasa para ahli-ahlinya serta kisah yang digarap oleh mereka. Malah beberapa ketika kebelakangan ini saya telah mula membeli dan membaca buku-buku yang berkaitan dengan sastera, khususnya teknik penulisan cerpen dan penulisan kreatif serta tentang sasterawan negara.
          Antara buku yang saya beli adalah buku Proses Kreatif Satu Pengalaman Rohani karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussain. Dalam buku tersebut beliau berkongsi dengan para pembacanya, bagaimana proses terhasilnya novel dan cerpen yang telah dikarang oleh beliau. Dan perkara yang amat berharga dikongsikan oleh beliau adalah pengalamannya dalam dalam bidang penulisan dan kehidupan.
          Kisah hidup tokoh sastera ini mempunyai banyak kejutan yang tidak disangka-sangka, dan kelmarin sekali lagi tokoh ini mengejutkan saya dan membuat saya terharu, apabila saya mendapati sasterawan yang baru saya kenali ini rupanya menerima dakwah tajdid dan manhaj Salaf. Beliau menerima baik dan meminati tokoh-tokoh tajdid dan Islah Nusantara dan merupakan pembaca setia majalah yang diterbitkan oleh tokoh-tokoh tersebut.
Beliau menyatakan dalam bukunya di atas ini:
"... Secara kebetulan minat saya pada agama sedang tumbuh pada masa itu, sesudah berkenalan dengan ulama-ulama reformasi di Pulau Pinang. Dia membenarkan saya membawa pulang ke Sungai Limau majalah-majalah Pembela Islam lidah rasmi Persatuan Islam Bandung (PERSIS) yang kemudian digantikan dengan Al-Lisan apabila majalah itu diharamkan oleh Belanda kerana polemik yang hebat dengan paderi Kristian tentang Nabi Muhammad SAW dan Jesus Kritus.
Saya suka dengan pelbagai polemik  yang sering kali menjadi topik utama kedua-dua majalah tersebut tentang masalah khilafiah yang menjadi pertelingkahan pendapat seperti isu usalli waktu memulakan solat dan isu tali leher atau 'nektai' dengan ( yakni oleh - penukil) HAMKA. Hujah dan Jawapan yang disampaikan oleh A. Hassan (dikenali juga dengan Hassan Bandung - pen) pemimpin Persatuan Islam Bandung yang selalu menggunakan Istilah A.H itu cukup hebat tidak saja terlawan oleh orang yang berpolemik dengannya, tetapi boleh membuka mata kita kepada masalah-masalah agama yang rumit. A. Hassan walaupun terkenal dengan ketegasannya tetapi amat terbuka sikapnya kepada kebenaran. Majalah Pembela Islam dan Al-Lisan ini diharamkan oleh kerajaan Kedah kerana dianggap bertentangan dengan Akidah Ahli Sunnah Waljmaah. Barang siapa yang memiliki atau mengedarnya akan dikenakan denda dan penjara. Tetapi majalah itulah yang telah membuka mata saya tentang soal agama.
Walaupun saya tidak menjadi ahli Persatuan Islam Bandung, tetapi dalam diam-diam saya menjadi pembaca Al-Lisan yang setia, lebih-lebih lagi apabila mengetahui aliran itulah pula yang menjadi pegangan Syeikh Abdullah al-Maghribi, Ibrahim Aqiby, Abu Bakar Asy-Syaari (daripada – pen) Perlis dan tokoh-tokoh terdahulu daripada mereka seperti Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Za’ba dan sebagainya. Saya mulai bersifat kritis terhadap beberapa amalan bid’ah dan khurafat yang terdapat di kampung dan mulai bertukar-tukar pendapat dengan Abdul Razak Haji Awang, imam masjid Sungai Limau, yang juga berpangkat bapa saudara saya...” (Sekian nukilan daripada muka surat 40-41 dengan sedikit perubahan)
Daripada kata-kata beliau di atas, jelas bahawa beliau tidak sehaluan dengan apa yang disebutkan oleh kerajaan Kedah ketika itu.
Saya berpandangan sastera adalah salah satu medium yang baik untuk menyebarkan manhaj Salaf dan memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang Islam yang murni. Usaha tersebut adalah tergolongan dalam dakwah bil khitabah (dakwah melalui penulisan).
Saya melihat para pendokong-pendokong firqah lain seperti Syi’ah, Tareqat menyeleweng, golongan Liberal, Hedonisme serta banyak lagi, sedang menggunakan medium ini untuk menyebarkan dan menyuburkan fahaman mereka dalam masyarakat. Saya rasa, tidak ada salahnya sekiranya kita sebagai pendokong manhaj Salaf mengorak langkah untuk menggunakan sastera sebagai medium dakwah, seperti sajak, puisi, cerpen dan novel selagi mana ianya tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Wallahu ‘alam.


Rabu, 7 Disember 2011

Salah Faham Hadis Zikir “Subhanallahi wa bihamdihi”.

Penulis: Suhili bin Nain.
Terjemahan Jami al-Ulum wa al-Hikam, 4 jilid kesemuanya, terbitan Pustakan Salam


مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
“Barang siapa mengucap “Subhanallahi wa bihamdihi” (Ertinya: Maha suci Allah dan pujian bagi-Nya) dalam harinya seratus kali, digugurkan dosa-dosanya, sekalipun ia seumpama buih dilautan.” (Shahih Al-Bukhari, no. 5926)

Kefahaman Sepintas Lalu.
Sekiranya kita membaca hadis di atas secara sepintas lalu, sudah tentu kita akan berpendapat bahawa dosa yang digugurkan di dalam hadis di atas adalah meliputi segala bentuk dosa, sama ada dosa kecil atau pun dosa besar, meskipun ianya sebanyak buih dilautan.
Namun sudah benarkah kefahaman kita berkenaan hadis di atas?
Hakikatnya, apabila kita telusuri perbincangan para ulama berkenaan hadis-hadis yang menyatakan amalan-amalan yang penghapus dosa, seperti mana hadis di atas, hadis-hadis tersebut bukanlah seperti mana yang kita fahami secara sepintas lalu di atas.

Kefahaman Salafus Soleh.
Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menyatakan sebuah pendapat dalam kitabnya, Jami’ al-Ulum wa al-Hikam, yang dinukil daripada Imam Ibnu Abdil Bar dalam at-Tamhid, bahawa dosa yang terhapus melalui amalan-amalan soleh (seperti zikir, solat, puasa dan sebagainya- pen) hanyalah merujuk kepada dosa kecil. Ada pun bagi dosa-dosa besar, ianya tidak terampun melainkan dengan melakukan taubat kepada Allah s.w.t. Pendapat ini disandarkan kepada ‘Atha dan ulama Salaf yang lain. Begitu juga dengan Salman al-Farisi.
         Imam Ibnu Abdil Bar berhujahkan beberapa buah hadis, antaranya:
الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ
“Sembahyang lima waktu, solat jumaat hingga solat jumaat dan puasa ramadhan hingga puasa ramadhan (yang berikutnya – pen) merupakan penghapus kepada dosa-dosa yang dilakukan antaranya, selagi dosa-dosa besar dijauhi.” (Shahih Muslim, no.344. Shahih Ibnu Hibban, no. 1763)
Ibnu Atiyyah dalam kitab tafsirnya membawa dua pendapat ulama dalam tentang maksud hadis (Shahih Muslim, no.344. Shahih Ibnu Hibban, no. 1763) ini.
·         Pertama:  Dosa besar menjadi syarat dihapuskan dosa kecil dengan amalan fardhu. Jika dosa besar tidak dijauhi, amalan fardhu sama sekali tidak menghapuskan mana-mana dosa.
·         Kedua: Amalan fardhu menghapuskan dosa-dosa kecil secara mutlak dan tidak menghapuskan dosa-dosa besar jka ada. Tetapi dengan syarat dosa kecil tidak dilakukan secara berterusan.
Ibnu Atiyyah memilih tafsiran yang kedua sebagai pendapat yang lebih tepat.

Akibat Tersalah Faham.
Sesetengah orang apabila membaca hadis di atas, mereka memahami hadis tersebut sekadar itu sahaja. Akibatnya mereka tersalah faham tentang dosa yang dihapuskan dalam hadis di atas. Lalu akibat berikutnya, mereka pun tanpa rasa bimbang meninggalkan perintah solat lima waktu dan berpuasa, malah melakukan dosa-dosa yang keji seperti zina, bunuh orang, minum arak, dan sebagainya. Ini kerana, mereka beranggapan cukup dengan hanya sekadar mengucapkan zikir di atas sebanyak seratus kali, mereka sudah pun dapat membersihkan diri mereka daripada dosa dan selamat di akhirat.

Kesimpulan.
Maksud dosa yang diampunkan dalam hadis di atas dan hadis yang seumpamanya, hanya merupakan kepada dosa kecil. Mengucapkan kalimah zikir seperti hadis di atas tidak memadai bagi menghapuskan semua dosa yang kita lakukan. Ada pun bagi dosa besar, maka ianya memerlukan kita untuk melakukan taubat kepada Allah s.w.t. Wallahu ‘alam.

Rujukan:
·         Shahih Al-Bukhari, Maktabah Syamelah.
·         Shahih Muslim, Maktabah Syamelah.
·         Sahih Ibnu Hibban, Maktabah Syamelah.
·         Terjemahan Jami’ al-Ulum wa al-Hikam, terbitan Pustaka Salam.


Isnin, 28 November 2011

Coretan Hujung November.

 
Setelah beberapa bulan pejam celik, makan, berjalan dan sebagainya, nampaknya aku sudah berada di akhir bulan November dan tinggal sebulan sahaja lagi akan menjelang tahun 2012. Tahun yang penuh kontroversi bagi sesetengah orang, kerana katanya kiamat tahun 2012. Tapi bagi aku, kiamat atau tidak itu bukanlah persoalan yang penting sangat untuk kita ketahui dan perkirakan. Apa yang lebih penting, perkirakan ilmu, iman dan amalan kita kepada Allah s.w.t.
          Bukankah Allah s.w.t sudah menyatakan bahawa dunia ini akan binasa dan tidak kekal selamanya. Malah Allah s.w.t menyatakan, keadaan kampung akhirat itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. Malah, dalam hadis shahih, Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda kepada sahabatnya yang mahfumnya lebih kurang, “Jadilah engkau di dunia seperti pelintas jalan,” yang pastinya pelintas jalan itu tidak akan berlama-lama di dunia, kerana ianya hanyalah persinggahan bagi dirinya.
 Tahun 2011 ini pelbagai perkara yang aku lalui. Tidak seperti tahun-tahun lepas, tahun ini adalah kali pertama aku bergelar seorang pekerja. Aku bekerja sebagai guru di Sekolah Agama Rakyat Al-Hidayah di Kuala Menggatal. Sebelum ini, selepas menduduki SPM aku tidak ada peluang dan waktu untuk pergi bekerja, kerana tahun berikutnya aku meneruskan pelajaran di Pusat Latihan Dakwah Kudat, pada tahun 2008. Kemudian, pada tahun 2009 hingga 2010 pula sambung belajar di Pusat Latihan Dakwah Keningau.
Selain itu, tahun 2011 ini jugalah aku memulakan usaha sebagai seorang blogger dan penulis. Aku menulis di blog Pencinta Buku dan juga Cerpen Dakwah. Alhamdulillah, laman web terkenal, iluvislam.com turut memberikan aku peluang untuk menyiarkan tulisan-tulisan aku di sana. Dan pada tahun ini juga, karya pertamaku yang ditulis ketika di Pusat Latihan Dakwah Keningau, ‘Pesanan Buat Diri’ diterbitkan oleh syarikat penerbitan, PTS Islamika. Ribuan terima kasih kepada mereka atas bantuan dan jasa.
Sekiranya sebelum tahun 2011, aku membeli buku tapi aku hanya dapat membeli dalam kuantiti yang sikit dalam setiap bulan. Alhamdulillah, pada tahun 2011 ini, memandangkan aku sudah bekerja, aku telah membeli buku dalam kuantiti yang banyak sehingga mengakibatkan rak buku tidak muat untuk meletakkan buku tersebut, sehingga terpaksa meletakkannya di atas meja di ruang tamu.
Antara buku-buku yang amat aku sayang adalah terjemahan buku Kaifa Tatahamasu Li Thalibil Ilmisy Syari’e terbitan Crescent News. Sebuah buku yang menghimpunkan kisah-kisah tentang para ulama ketika menuntut ilmu yang akan membuatkan anda yang membacanya bersemangat untuk bergelar penuntut ilmu.
Satu kisah yang aku tidak pernah lupa hari ini, adalah kisah di mana seorang ulama hadis terkemuka, Imam al-Bukhari yang terpaksa mengalas perut selama 3 hari dengan memakan rumput, kerana terlalu asyik menuntut ilmu sehingga terlupa mencari bekalan dan keperluan hidup. Ada juga kisah ulama yang membaca sambil berjalan dan sebagainya. Ada yang sanggup menjual atap rumah untuk membiayai kos menuntut ilmu dan ada pula yang menangisi kitab-kitabnya yang musnah seperti orang yang menangisi kematian anaknya. Kebanyakan yang terkandung dalam buku tersebut adalah kisah-kisah yang menakjubkan dan membuatkan hati pembaca bergetar. Allah, betapa hebatnya para Salafus Soleh dalam menuntut ilmu!
Walaupun begitu, pada masa hampir penghujung tahun ini ada satu perkara yang merunsingkan aku berkenaan buku. Ada banyak lagi buku yang belum terbaca sehingga habis dan kebanyakannya tebal-tebal belaka. Baca sikit, sudah beli buku baru. Satu sindrom yang kurang baik. Terjemahan Jami’ al-Ulum wa al-Hikam, Suwaru Min Hayatis Shahabah, Suwaru Min Hayati At-Tabi’in, Jawabul Kafi, Syamail Muhammadiyah dan banyak lagi. Bila akan dapat habiskan pembacaan, aku sendiri tidak mempunyai jawapan untuk itu. Mungkinkah juga ianya hanya akan tersimpan sebagai rujukan apabila diperlukan. Wallahu ‘alam.
Sebelum cuti, ketika bekerja banyak perkara yang aku bayangkan untuk dilakukan, seperti membaca dan menulis. Tapi bila cuti hujung tahun sudah bermula pada hujung November ini, entah mengapa fikiranku dilanda kebuntuan. Sepertinya orang yang sedang berada di hujung jalan mati. Idea hilang dan matlamat menjadi kabur. Akibatnya penulisan di Cerpen Dakwah terhenti buat seketika dan manuskrip buku yang masih dalam proses pun tergendala. Nampaknya aku perlu “refesh”kan semula diri sebelum masuk bulan Disember beberapa hari lagi. Kalau tidak, maka akan banyaklah masa aku terbuang dengan perkara sia-sia.
Azam tahun ini bagaimana? Em, sejujurnya aku sendiri sudah lupa tentang azam tahun ini apa dia, kerana aku sebenarnya tidak mempunyai azam yang kukuh setiap tahun. Kalaulah aku tidak tersilap, rasanya azam aku tahun ini adalah untuk membeli dan mengumpul buku dengan lebih banyak, memandangkan aku sudah bekerja. Sebenarnya azam ini, sebaik-baiknya tidak perlu tunggu tahun depan. Buatlah azam setiap hari. Azam untuk menjadi lebih baik daripada hari sebelumnya.
Itulah catatan ringkas tentang warna-warni kehidupan yang dapat ku tulis dengan sekali duduk untuk coretan hujung November ini. Sebenarnya ada juga kisah sedih yang berlaku pada tahun 2011 ini, tapi biarlah ianya tersimpan rapi dalam lembaran ingatan tanpa perlu dituliskan di sini. Hidup mesti positif dan optimis kata orang, walaupun kadang-kadang diri tersasar dan menyimpang daripada laluan. Kalau jadi begitu, cepat-cepatlah kembali ke pangkal jalan.


 

Sabtu, 19 November 2011

Hukum Memberi Salam Antara Lelaki & Perempuan Ajnabi?


Oleh: Suhili bin Nain.

Salam yang dimaksudkan di sini adalah ucapan salam, dan bukannya berjabat tangan. Ada pun, tentang hukum berjabat antara lelaki dan perempuan ajnabi yang bukan mahram, maka ianya adalah haram.
Di dalam kitab Riyadhus Shalihin karya Imam An-Nawawi rahimahullah, dalam kitab Salam, ada bab yang bertajuk:
باب سلام الرجل على زوجته والمرأة من محارمه وعلى أجنبية وأجنبيات لا يخاف الفتنة بهن، وسلامهن بهذا الشرط
 Maksudnya lebih kurang:
“Bab salam orang lelaki kepada isterinya dan wanita yang menjadi mahramnya dan kepada wanita ajnabi – seorang atau banyak – yang tidak dikhuatiri  tidak menimbulkan fitnah. Begitulah juga salam perempuan kepada lelaki dengan syarat tidak menimbulkan fitnah.”
Dalam bab ini, Imam An-Nawawi rahimahullah meletakkan 3 buah hadis. Ada yang perbuatan sahabat dan ada juga perbuatan Rasulullah s.a.w yang dilaporkan oleh sahabat r.anhum. Hadis pertama, riwayat al-Bukhari, riwayat kedua riwayat Muslim dan hadis ketiga diriwayatkan oleh Abu Dawud dan At-Tirmizi.
  1. Daripada Sahl bin Sa’ad radhiallahu 'anhu, katanya: “Di rumah kami ada seorang wanita, atau dalam riwayat lain disebutkan: “Kami mempunyai seorang wanita yang sudah tua. Ia mengambil dari pokok tanaman sayur bernama Silik, lalu sayur tu diletakkan olehnya dalam kuali dan ia menumbuk-numbuk biji-bijian gandum. Maka jikalau kami semua telah selesai mengerjakan solat jumaat, kami pun pulanglah lalu kami mengucapkan salam kepada wanita tadi, kemudian ia menghidangkan makan yang dimasaknnya itu kepada kami. – Riwayat Al-Bukhari, hadis no. 860 dalam Riyadhus Shalihin karya Imam An-Nawawi.
  2. Daripada Ummu Hani yakni Fakhitah bte. Abu Thalib radhiallahu ‘anha, katanya: “Saya datang di tempat Nabi s.a.w pada hari penaklukan kota Makkah dan beliau s.a.w sedang mandi, sedang Fathimah menutupinya, kemudian saya mengucapkan salam padanya.” Dan selanjutnya Fakhitah menyebutkan kelanjutan hadis ini sehingga selesai. – Riwayat Muslim, hadis no. 861 dalam Riyadhus Shalihin.
  3. Daripada Asma bte Yazid radhiallahu ‘anhu, katanya: “Nabi s.a.w berjalan melalui kami (kelompok kaum wanita), lalu beliau s.a.w mengucapkan salam kepada kami.” – Riwayat Abu Dawud dan At-Tirmizi dan At-Tirmizi menyatakan hadis ini hasan. Hadis no. 862 dalam Riyadhus Shalihin. Hadis ini turut diriwayatkan oleh Ibnu Majah. Syaikh Al-Albani menshahihkan hadis ini dalam tahqiqnya ke atas Sunan Abu Dawud dan Sunan Ibnu Majah.
Daripada sini, hukum memberikan salam antara lelaki perempuan itu adalah dibolehkan dengan syarat ianya tidak menimbulkan fitnah dan menjurus kepada perkara-perkara haram. Dan sebagai peringatan, hukum asal ikhtilat (percampuran/pergaulan) antara lelaki ajnabi dan perempuan ajnabi adalah haram, melainkan ada sebab-sebab yang dibenarkan oleh syarak. Oleh itu, apabila anda ingin memberikan salam kepada perempuan atau sebaliknya, maka perhatikan, adakah ianya menurut keperluan syarak atau sekadar suka-suka? Sekiranya tidak jelas bagi anda, maka jauhilah dan bersikap warak. Takut dan bimbanglah terhadap fitnah wanita.
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam:
مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً هِيَ أَضَرُّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ
“Tidak aku tinggalkan selepas (kewafatan) ku fitnah yang lebih memudaratkan ke atas lelaki berbanding fitnah wanita.” – Shahih Muslim, hadis no. 4924.
 
Wallahu 'alam.

P/S: Riyadhus Shalihin bukanlah kitab khusus yang membicarakan hukum Fiqh, tetapi ianya adalah kitab yang menghimpunkan hadis-hadis yang kebanyakannya terdiri daripada hadis berbentuk adab dan akhlak, dan terdapat juga padanya serba sedikit hadis hukum dan berkaitan akidah.


 


Baca juga: Dari Mata Turun Ke Hati.

Sumber Rujukan:
  • Shahih Muslim, Maktabah Syamelah 2.0.
  • Riyadhus Shalihin, Maktabah Syamelah 2.0.
  • Shahih wa Dhaif Sunan Abu Dawud, Maktabah Syamelah 2.0.
  • Shahih wa Dhaif Sunan Ibnu Majah, Maktabah Syamelah 2.0.
  • Terjemahan Riyadhus Shalihin, terbitan Pustaka Nasional.

Selasa, 25 Oktober 2011

Jalan-jalan di Kedai Buku.

Oleh: Suhili bin Nain


Gambar ini diambil pada 22 Oktober 2011, bersamaan hari Sabtu. Gamar daripada dua buah kedai buku, kedai buku Popular dan Eaton's yang terletak di Centre Point, Kota Kinabalu.
^

Jumaat, 14 Oktober 2011

Buku Teragung & Terhebat.


Oleh: Suhili bin Nain

 
Pencinta buku lazimnya mengumpul buku yang banyak, dan menghabiskan masa kebanyakannya dengan membaca buku. Ketika membaca buku, akan terasa bahagia dan tenanglah jiwa dan perasaan.

Pada kali ini, saya ingin mengajak kepada para pencinta buku sekalian, untuk berbicara mengenai sebuah buku (kitab) yang cukup agung. Walau betapa banyak, hebat dan banyaknya buku yang anda temui sehingga berjilid-jilid lalu anda baca, semua buku itu tidak akan mampu sebuah buku (kitab) yang hanya berjumlah sejilid ini. 

Ketahuilah, buku (kitab) yang saya maksudkan di sini adalah kitab Al-Qur'an.

Sebanyak mana pun buku yang kita baca, dan sehebat mana pun buku yang kita baca, ianya tidak akan mengandungi manfaat yang terkandung di dalam kitab Al-Qur'an. Ini kerana, kitab Al-Qur'an, bukanlah ciptaan dan tulisan manusia, melainkan ianya adalah kalam Allah Subhanahu wa Ta'ala dan bukannya makhluk. Ianya berasal daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala yang Maha Sempurna. Oleh itu, padanya tiada cacat-cela dan kekurangan sedikit pun.

Al-Qur'an adalah wahyu dan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallahu 'alaihi wassalam melalui perantaraan malaikat Jibril 'Alaihissalam.

Wahyu pertama yang diturunkan adalah surah Al-'Alaq; ayat 1-5 yang berbunyi:

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (١) خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (٢) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ (٣) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (٤) عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (٥)


"Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." [Surah Al-'Alaq: 1-5]

Al-Qur'an adalah sumber dan dasar bagi agama Islam. Ianya mengandungi petunjuk dan hidayah menuju Allah Subhanahu wa Ta'ala. Di dalam Al-Qur'an terdapat sumber segala ilmu pengetahuan, sama ada ilmu yang berkaitan dengan dunia atau pun akhirat.


Telah berkata Abdullah bin Mas'ud di dalam sebuah athar yang sahih dengan katanya:


من أراد العلم فليثور القرآن ، فإن فيه علم الأولين والآخرين

"Siapa yang mahukan ilmu maka hendaklah dia mengkaji Al-Qur'an, sesungguhnya didalamnya ilmu generasi yang awal dan yang akhir."
[Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dalam Syu'ab Al-Iman, Ath-Thabrani dalam Mu'jam Al-Kubra, Abi Syaibah dalam Musannaf Abi Syaibah. Diriwayatkan oleh Al-Haithami dalam Majma' Az-Zawaid, berkata beliau: Dengan banyak sanad, perawi-perawi salah satu sanadnya adalah Shahih. Sumber Dorar.net]

Renungilah wahai para pencinta buku, sekiranya kita mampu membaca buku beratus muka surat dalam masa sehari, tanpa merasa jemu. Sedangkan para masa yang sama, kita mengesampingkan bacaan Al-Qu'ran itu adalah satu kecacatan bagi pencinta buku.

Jika kita membaca sirah dan kisah kehidupan para Salafus soleh terdahulu, kita pasti akan mendapati betapa mereka mementingkan membaca Al-Qur'an, mengkhatamkannnya dan memahaminya.

Bacalah Al-Qur'an. Sesungguhnya, tiadalah yang membacanya melainkan akan mendapatkan manfaat. Seterusnya renungilah apa yang terkandung di dalamnya dengan membaca tafsirnya berdasarkan pemahaman para ulama Salafus soleh yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab tafsir terkenal seperti tafsir Jami' al-Bayan karya Ibnu Jarir At-Tabari, Tafsir Al-Qur'an Al-'Adzim karya Ibnu Kathir dan kitab-kitab tafsir bil ma'tsur yang lain...

P/S: Tidak sempurna kecintaan terhadap buku, selagi tidak mencintai Al-Qur'an.



Selasa, 11 Oktober 2011

Ulasan Buat Pembaca Buku "Pesanan Buat Diri".

 
Oleh: Suhili bin Nain.




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala. Tujuan penulisan kali ini adalah ulasan untuk para pembaca karya pertama saya, buku Pesanan Buat Diri. 10 Oktober 2011, lebih sebulan selepas kali pertama buku Pesanan Buat Diri diterbitkan adalah kali pertama saya melihat buku tersebut yang telah dicetak. Saya membelinya secara online daripada PTS Islamika sendiri.

Pertama kali, saya melihat buku tersebut, sejujurnya saya merasa terkejut dengan apa yang berlaku kepada buku tersebut. Ianya cukup berbeza dengan edisi asal. Tidak dapat dinafikan susunan "layout" yang dibuat oleh editor adalah cukup menarik, namun begitu ada perkara lain yang berlaku.

Tidak seperti versi asal yang ada pada saya, versi cetakan tersebut saya melihat beberapa perubahan besar. Pertama, segala nota kaki yang ada pada edisi asal telah dibuang. Kedua, segala teks arab yang ada pada buku tersebut dibuang 100%. Ketiga, segala darjat hadis yang disebutkan dalam buku tersebut telah dibuang sama sekali.
6
Buku Pesanan Buat Diri sudah berada di Kota Kinabalu. Kedai buku yant terletak di Wawasan Plaza.
Sebagai penulis, saya berpandangan baik. Mungkin pihak editor ingin membuatkan buku Pesanan Buat Diri hadir dalam bentuk santai kepada pembaca.

Pada penulisan ini, saya hanya ingin memaklumkan kepada para pembaca, meskipun buku Pesanan Buat Diri yang berada di tangan anda tidak mempunyai rujukan lengkap dan nota kaki, isi kandungannya adalah terpelihara menurut pemerhatian penulis. Ianya tidak ditulis secara semberono sahaja, tetapi setiap ucapan ulama di dalam buku tersebut mempunyai rujukannya yang jelas.

Manakala tentang darjat setiap hadis dalam buku Pesanan Buat Diri, para pembaca tidak perlu bimbang. Ini kerana, kesemua hadis yang disebutkan dalam buku tersebut adalah shahih atau pun hasan. Tiada satu hadis pun dalam yang digunakan dalam buku tersebut, melainkan ada ulama tertentu yang menerima hadis tersebut dengan shahih atau hasan. Wallahu 'alam.

Selamat membaca buku Pesanan Buat Diri... ^_^

P/S: Kepada anda yang telah membaca buku Pesanan Buat Diri, dialu-alukan untuk memberikan pandangan, komen dan cadangan kepada penulis berkenaan mesej dalam buku berkenaan. Sila ke ruang komen di bawah. @_@

Kepada yang belum membaca buku Pesanan Buat Diri, jangan tunggu lama-lama, dapatkan segera di kedai buku berdekatan anda, sementara stok masih ada! Kalau dah habis stok dapatkan segera di bookcafe (kedai buku online PTS) sebelum kehabisan digudang PTS Islamika! ^_^

Semoga buku Pesanan Buat Diri bermanfaat buat diri saya dan anda.



Isnin, 19 September 2011

Menyikapi Buku-Buku Menyesatkan

Penulis: Syaikh Masyhur bin Hasan Ali Salman



Kami menasehatkan kepada saudara-saudara kami untuk memiliki motto Bersama tinta sampai ke liang kubur, dan tidak berhenti dalam menuntut ilmu dengan duduk di majelis-majelis ulama atau datang langsung kepada mereka dan inilah jalan yang bermanfaat dan paling menyenangkan. Atau juga bisa dengan menekuni buku-buku yang telah diterbitkan atau ditahqiq dari warisan ulama dahulu atau sekarang.

Akan tetapi hasil keilmuan hebat yang tersebar saat ini di berbagai percetakan tidak seluruhnya mempunyai nilai yang sama, ada buku-buku yang penting ada juga yang tidak berguna dan macam ketiga adalah buku-buku yang berbahaya yang tidak mempunyai nilai. Karenanya kami berpendapapt pentingnya pembahasan yang berisi hukum-hukum fiqih berkaitan dengan buku-buku yang ditahdzir (diperingatkan) oleh para ulama.

I. Hukum Jual Beli Buku Menyesatkan.

Wajib bagi para penerbit untuk bertaqwa kepada Allah dalam memilih tema-tema buku yang bermanfaat bagi manusia, untuk membenarkan aqidah dan meluruskan ibadah mereka. Hendaklah mereka berpegang kepada kaedah: Menerbitkan buku yang bermanfaat bagi para pentelaah, bukan buku yang mereka minta. Karena kebanyakan orang umum meminta buku-buku menyesatkan yang laris di pasaran, sehingga memberikan keuntungan materai yang segera kepada penerbit. Jika manusia membutuhkan buku yang bermanfaat, kemudian mereka mencarinya maka demikian itu adalah keadaan yang bagus. Akan tetapi (penerbit) haruslah meniatkan mencari pahala dalam memilih buku tersebut, sehingga penerbit tidak hanya mendapatkan keuntungan harta benda. Barangsiapa melakukan hal tersebut maka dia mendapat pahala di sisi Allah, Insya Allah.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah pernah ditanyai tentang orang yang menyalin (menulis) Shahih Bukhari, Shahih Muslim dan Al Qur-an dengan tangannya, dengan niat untuk menulis hadits dan niat lainnya. Jika ia menyalin tersebut untuk dirinya sendiri atau untuk dijual, apakah ia mendapatkan pahala?

Maka beliau menjawab (Majmu Fatawa 18/74-75) setelah memuji Shahihain, kitab-kitab Sunan, Musnad dan Muwatha' dengan redaksi berikut: Manusia mendapat pahala dengan tulisannya tersebut, baik ia menulis untuk dirinya atau untuk dijual sebagaimana sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, 'sesungguhnya Allah memasukkan tiga jenis orang ke dalam surga dikarenakan satu anak panah (untuk berjihad), pembuatnya, pelemparnya dan orang yang membantunya (untuk mengambil anak panah)'. [Hadits dhaif, lih: Takhrij Fiqhus Sirah oleh Al Albani hal 225-226. Tetapi pengambilan dalil yang dilakukan oleh Syaikhul Islam adalah benar berdasarkan sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan maka dia mendapat (pahala) seperti pahala pelakunya.].

Saya (Syaikh Masyhur) katakan bahwa seperti itu (hukumnya) buku-buku yang bermanfaat (yaitu buku-buku selain mushaf dan buku hadits) sebagaimana Allah memberi pahala kepada penyusun, maka penerbitnyapun mendapat pahala juga. Akan tetapi perlu diperhatikan hal-hal berikut:

a. Haram menjual buku-buku yang berisikan syirik dan peribadahan kepada selain Allah.

Ibnul Qayyim berkata (Zaadul Maad 5/761) ketika membahas jual beli yang terlarang, Dan seperti itu pula haram menjual buku yang berisi syirik dan ibadah kepada selain Allah. Ini semua wajib disingkirkan dan dihilangkan karena menjualnya adalah jalan untuk memiliki dan mengoleksi kitab-kitab tersebut.
Menjual kitab-kitab ini tentu lebih diharamkan daripada menjual barang-barang yang lain karean bahaya menjualnya adalah sebanding dengan bahaya yang dikandung oleh buku itu sendiri.

b. Haram menjual buku-buku yang berisi khurafat dan perdukunan.

Al Wanasy-risyi mengatakan, Sebagian ulama ditanya tentang buku-buku yang berisi hal-hal yang tidak masuk akal dan sejarah yang jelas bohongnya seperti kitab tarikh 'antarah dan dalhamah dan berisi caci maki, syair, lagu dan lain-lain; apakah boleh dijual atau tidak? Maka mereka menjawab, 'Tidak boleh dijual dan dilihat'.

Syaikh Abul Hasan al Bathrani menceritakan bahwa ia hadir dalam halaqah fatwanya Ibnu Qidah, ketika beliau ditanya tentang orang yang suka mendengar cerita dari buku 'antarah, apakah boleh menjadikannya sebagai imam? Maka Ibnu Qidah menjawab, 'Tidak boleh mengangkatnya sebagai imam dan sebagai saksi. Demikian juga cerita buku Dhlaamah, karena itu merupakan kebohongan, dan orang menghalalkan dusta adalah pendusta. Dan seperti itu (hukum bagi) buku astrologi dan buku-buku mantra dengan bahasa yang tidak diketahui'. (lih: Al Mi'yar Al Mu'arab 6/70).

Adapun keimanannya adalah sah karena orang yang gugur/batal shalatnya tidak membatalkan shalat orang lain. Tetapi tidak seyogyanya menawarkan jabatan imam kecuali kepada orang yang layak. Dan orang yang seperti ini hendaknya dilarang menjadi imam.

c. Tidak boleh menjual buku yang banyak kesalahan, kecuali sesudah dijelaskan.

Ibnu Rusyd ditanya tentang orang yang membeli mushhaf Al' Qur-an atau buku yang banyak kesalahan dari segi percetakan, lalu ia ingin menjualnya, apakah ia wajib menjelaskannya? Dan jika ia menjelaskannya tentu tidak ada yang mau membelinya. Maka beliau menjawab, 'Tidak boleh ia menjualnya sehingga ia jelaskan, wabillahit taufiq'. (Fatwa Ibnu Rusyd 2/922-923, Al Mi'yar Al Mu'arab 6/203).
Maka jika menjual buku yang banyak salah dari segi tulisan dan bagian luarnya tidak boleh, maka tentu lebih terlarang jika banyak salahnya dari segi isi dan makna.

d. Haram menjual buku-buku berisi mantra, jimat-jimat taawudz dan cara-cara menghadirkan arwah dan jin.

Ibnu Baththah Al Ukbari berkata, Termasuk bid'ah adalah melihat/memandang buku berisi mantra-mantra dan mempraktekkannya, dan mengaku-aku bisa bicara dengan jin, menjadikan jin sebagai khadam dan membunuh jin. Demikian pula termasuk bid'ah memakai dan menggantung jimat-jimat dan do'a-do'a untuk minta perlindungan kepada jin. (lih: Asy Syahru wal Ibanah hal 361).

e. Haram menjual diwan-diwan syair yang berisi ejekan, dendam dan perkataan kotor.

Imam Al Qurthubi berkata dalam tafsirnya 1/337, Ibnul Qasim membenci mengambil upah sebagai balasan mengajar syair dan nahwu. Ibnu Habib berkata, Tak mengapa mengupah seseorang untuk mengajar syair, risalah dan cerita peperangan prang Arab dan dibenci syair yang berisi dendam, kata-kata jorok dan ejekan.
Berdasarkan perkataan Imam Al Qurthubi di atas, haram menjual diwan-diwan syair yang penuh dengan hal-hal yang bertentangan dengan Islam. Hal ini telah ditegaskan oleh Imam Adz Dzahabi, beliau berkata, Syair adalah ucapan sebagaimana jenis ucapan manusia yang lain, maka syair yang baik adalah baik, dan syair yang buruk adalah buruk. Berlebihan dalam masalah syair adalah mubah kecuali berlebihan dalam menghafal syair-syair, seperti syair-syair Abu Nawas, Ibnu Hajjaj dan Ibnu Faridl, maka dalam hal ini hukumnya haram. Dalam hal seperti ini Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, Sungguh perut salah satu kamu penuh berisi nanah sehingga merusak perut lebih baik daripada penuh berisi syair. (Bukhari dalam shahihnya 10/548, Muslim dan shahihnya 4/1769 dari Abu Hurairah).

Maka haram menjual buku-buku mereka kecuali kepada Ahli Ilmi dan Penuntut Ilmu untuk mentahdzir bahayanya. Allah-lah tempat memohon pertolongan. Tidak ada Rabb selain-Nya. Termasuk hal ini adalah diwan-diwan syair yang berisi hal-hal yang bertentangan dengan aqidah Islam, seperti syair Sufi.
As Sakwani berkata di dalam Lahnul Awam, hal 149 setelah menyebutkan syair-syair yang menyelisihi syari'at, Ini semua dan hal-hal yang serupa dengannya adalah haram menyebarkannya dan membiarkannya. Membakarnya adalah wajib dan tidak halal menjualnya di pasar.

f. Haram menjual buku-buku filsafat dan ilmu kalam.

Ibnu Katsir berkata dalam Al Bidayah wan Nihayah 11/69 ketika membeberkan kejadian-kejadian tahun 279H, Dalam tahun ini diumumkan tentang terlarangnya penjualan buku-buku filsafat, ilmu kalam dan debat. Itu merupakan keinginan Abul Abbas Al Mu'tadhid, penguasa Islam.

Hafidzhuddin bin Muhammad yang terkenal dengan sebutan Al Kardiry (wafat 827H) menceritakan sebuah hikayat yang bagus untuk menjelaskan nilai buku-buku ini (filsafat) di sisi para sahabat nabi. Beliau berkata, Diceritakan ketika Amr bin Al Ash menguasai kota Iskandariyah. Disana ada seorang ahli filsafat bernama Yahya yang digelari Thumathikus -yaitu ahli ilmu Nahwu- dan penduduk Iskandariyah melaknat dirinya. Ia menganut sekte Al Ya'qubiyah dalam masalah trinitas, kemudian ia meninggalkan trinitas. Maka penduduk Mesir yang beragama Nashrani mendebatnya dan menjatuhkan martabatnya di tengah-tengah masyarakat. Tatkala Iskandariyah dikuasai Amr maka ia selalu menyertai Amr dan pada suatu hari ia berkata pada Amr, Engkau telah mengetahui rahasia penduduk negeri ini, dan engkau menyegel seluruh gudang yang ada, dan engkau tidak mau mengambil manfaat darinya, padahal dalam hal ini tidak ada seorangpun yang menentangmu. Dan apa-apa yang tidak engkau manfaatkan, maka lebih baik diserahkan kepada kami saja. Maka Amr berkata, Apa yang engaku butuhkan? Yahya berkata, Buku-buku filsafat yang ada di gudang. Itu tidak mungkin kecuali dengan ijin Amirul Mukminin, Jawab Amr.

Kemudian Umar menulis jawaban kepada Amr, Adapun buku-buku yang telah kau ceritakan, jika sesuai dengan Kitabullah maka Kitabullah sudah mencukupinya, jika tidak sesuai dengan Kitabullah maka tidak diperlukan. Oleh karena itu lenyapkanlah buku-buku itu.

Maka Amr membagikan buku-buku tersebut pada perapian-perapian di Iskandariyah dan memerintahkan untuk membakar buku-buku tersebut, sehingga selesailah pemusnahan buku-buku filsafat dalam jangka waktu enam bulan.

g. Haram menjual buku-buku karya Al Hallaj, Ibnu Arabi dan tokoh-tokoh Sufi lainnya.

Al Malik Al Muayyid Ismail Abu Fida dalam Akhbar Al Basyar 4/79. Ketika tahun 744H di tahun itu kami mengkoyak-koyak dan mecuci (melunturkan tinta) Kitab Fushulul Hikam karya Muhyidin Ibnu Arabi di Madrasah Al Ush furiyah di Halb sesudah pelajaran (di depan para murid) sebagai peringatan haramnya menelaah dan memiliki kitab tersebut dan aku berkata, Kitab Fusuh ini sebenarnya tidaklah berharga aku telah membaca goresan-goresannya ternyata isinya adalah sebaliknya.

II. Hukum Menghancurkan Buku-Buku Ahli Bid'ah dan Sesat.

Di dalam Ash Shawarimul Haddad hal 68 Imam Syaukani menukil ucapan sekelompok ulama seperti Al Bulqainy, Ibnu Hajar, Muhammad bin Arafah, dan Ibnu Khaldun, berkaitan dengan buku-buku yang ditahdzir. Hukum mengenai buku-buku yang berisi aqidah yang menyesatkan dan buku-buku yang banyak beredar di tengah masyarakat seperti Al Fushulul Hikam dan Futuhatul Makiyah karya Ibnu Arabi, Al Bad karya Ibnu Sab'in, Khal'un Na'lain karya Ibnu Qasi, 'Alal Yakin karya Ibnu Barkhan dan disamakan dengan buku-buku ini kebanyakan syair-syair Ibnu Faridl dan Al Afif At Tilmisani. Demikian juga buku Syarh Ibnul Farghani terhadap qasidah At Taiyah karya Ibnul Faridh. Hukum dari buku-buku ini dan semisalnya adalah harus dilenyapkan kapan saja ditemukan dengan cara dibakar atau dilunturkan tintanya dengan air.

Imam Ibnul Qayyim mempunyai perkataan yang sangat bagus tentang keharusan membakar dan menghancurkan buku-buku ahli bid'ah dan sesat, dan bahwa orang yang melakukan hal tersebut tidak menanggung ganti rugi, beliau berkata, ... demikian juga tidak ada ganti rugi di dalam membakar dan menghancurkan buku-buku yang menyesatkan.

Al Marudzi berkata kepada Imam Ahmad, Aku meminjam buku yang banyak berisi hal-hal yang jelek, menurut pendapatmu apakah (lebih baik) aku rusakkan atau aku bakar? Imam Ahmad menjawab, Ya, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah melihat buku di tangan Umar yang ia salin dari Taurat dan ia terkagum-kagum dengan kecocokan Taurat dengan Al Qur-an, maka berubahlah raut muka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sehingga pergilah Umar ketungku lalu melemparkannya ke dalam tungku.

Maka bagaimanakah seandainya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melihat buku-buku yang ditulis untuk menentang Al Qur-an dan Sunnah. Sedangkan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah memerintahkan orang yang menulis dari beliau selain Al Qur-an hendaklah ia hapus, kemudian beliau shallallahu 'alaihi wasallam membolehkan menulis As Sunnah dan tidak ada ijin untuk selain itu.

Dan setiap buku yang berisi hal-hal yang menyelisihi sunnah tidaklah diijinkan, bahkan diijinkan untuk membakar dan menghancurkannya. Tidak ada yang lebih berbahaya bagi umat ini daripada buku-buku sesat itu. Bahkan para sahabat membakar semua mushaf yang berbeda dengan mushaf Utsman karena ditakutkan terjadi perselisihan di tengah ummat, maka bagaimanakah jika para sahabat melihat buku-buku yang telah menimbulkan perselisihan dan perpecahan di tengah-tengah ummat?

Al Khalal berkata bahwa Muhammad bin Harun mengabarkan padanya bahwa Abul Harits telah bercerita kepada mereka bahwa Abu Abdilah (Imam Ahmad) berkata, Mengarang buku telah membinasakan mereka, mereka meninggalkan hadits-hadits Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan menerima ilmu kalam.

Al Khalal berkata bahwa Muhammad bin Ahmad bin Washi Al Muqri mengatakan bahwa ia mendengar Abu Abdillah ditanyai tentang ra'yu (pendapat), maka beliau menjawab, Sesuatu yang berasal dari ra'yu tidak akan tetap, wajib atas kalian menetapi Al Qur-an, Al Hadits dan Atsar.

Di dalam riwayat Ibnu Masyisy ada seorang bertanya kepada Imam Ahmad, Bolehkah aku menulis ra'yu, maka beliau menjawab, Apakah yang akan kalian perbuat dengan ra'yu? wajib atas kalian belajar sunnah dan tetapilah hadits-hadits yang telah dikenal (keshahihannya).

Sesungguhnya buku-buku yang berisi kebohongan dan bid'ah wajib dihancurkan dan dimusnahkan. Hal ini lebih wajib daripada menghancurkan alat-alat permainan, musik serta menghancurkan bejana khamr, karena bahaya buku yang menyesatkan lebih berbahaya dari bahaya alat-alat ini. Dan tidak ada ganti rugi dalam masalah ini, sebagaimana tidak ada ganti rugi dalam hal memecahkan bejana khamr (Ibnul Qayyim di dalam At Turuq Al Hukumiyah fi Siyasah Asy Syar'iyah hal 322-325).

Di dalam kisah taubat Ka'ab bin Malik dia mengatakan, Maka aku menuju perapian dan kemudian aku bakar surat itu (yaitu surat raja Ghosan) [HR. Bukhari dan Muslim].

Ibnul Qayyim berkomentar, Di dalam kisah ini ada anjuran untuk bersegera menghancurkan hal-hal yang menimbulkan kerusakan dan bahaya bagi agama. Orang yang teguh hati tidaklah menunggu-nunggu dan mengulur-ulur hal itu. Seperti ini juga sikap yang harus diberikan kepada khamr dan buku-buku yang ditakutkan menimbulkan bahaya dan kejelekan, yaitu dengan penuh kemantapan hati segera menghancukan dan memusnahkannya. (lih Zaadul Ma'ad 3/581).

Syaikhul Islam juga telah memberikann fatwa untuk membakar beberapa kitab, lihat akhir no. 59 dari kitab Al Akhbar di dalam Al Jami' yang terdapat dibagian akhir Mushannaf Abid Razzaq 11/424 dan Mushannaf Ibnu Abi Syaibah 6/211-212 cetakan Darul Fikr, Bab: .. dan membakar kitab.

Abu Abdilah Al Hakim berkata, Ishaq, Ibnul Mubarak dan Muhammad Yahya, mereka semua memendam buku-buku yang mereka tulis, demikian diceritakan oleh Imam Adz Dzahabi di dalam Siyar 2/337 dan berkomentar, Inilah perbuatan beberapa imam yang menujukkan bahwa mereka menganggap tidak bolehnya mengambil ilmu secara wijadah (membaca sendiri) karena tulisan kadang berubah di tangan penukil dan mungkin bertambah satu huruf sehingga merubah makna. Adapu sekarang, kebohongan telah tersebar, sedikit orang yang mau belajar dien lewat mulut para guru dan juga dari buku-buku yang tidak ada kesalahannya, bahkan sebagian penukil kitab terkadang tidak bisa mengeja dengan baik.

Pada biografi Abu Kuraib Muhammad bin Al Ala Al Hamdani (wafat 248H), Muthayan berkata, Abu Kuraib berwasiat agar buku-buku karyanya dipendam, maka dilaksanakan wasiat beliau. Kemudian Adz Dzahabi di dalam Siyar 11/397 memberikan komentar: Beberapa ahli hadits telah mewasiatkan agar buku-bukunya dipendam, dibakar atau dicuci karena takut buku tersebut dipegang oleh muhaddits yang kurang agamanya, kemudian ia akan merubah-rubah dan menambahinya, kemudian hal itu dinisbatkan kepada Al Hafidz (pemilik kitab hadits). Atau di dalam kitab itu terdapat riwayat yang putus atau lemah yang tidak pernah ia ceritakan, sedangkan yang telah ia riwayatkan adalah hal-hal yang telah dipilih. Maka ia pada akhirnya membenci hasil tulisannya, dan tidak ada jalan lain kecuali harus dimusnahkan. Karena hal ini dan lainnya ia memendam buku-bukunya.

Buku-buku yang penuh dengan racun kalajengking dan ular (yang berisi kejelekan dan kemungkaran) lebih layak untuk dipendam, dimusnahakan dan dibakar.

Mungkin teori modern terhadap kebebasan berpikir yang ada di zaman ini menganggap sikap seperti ini adalah ta'ashub (ekstrim), akan tetapi itulah sikap yang benar dengan memandang kemaslahatan umat Islam. Karena umat Islam adalah sebuah jama'ah yang satu fikrahnya. Dan kewajibannya yang dibebankan Islam ke punggung umatnya tidak mungkin dilaksanakan tanpa kesatuan ini. Maka Islam tidak rela musnahnya kesatuan fikrah ini untuk membawa umat kepada kemurtadan pemikiran dan kekacauan pemikiran. Karena umat tidak akan mampu melawan kekuatan penentang di dalam bidang iptek selama keimanan mereka terhadap falsafat hidupnya masih lemah dan asas (landasan) berpikirnya belum kokoh. Sejarah menyaksikan bahwa setiap dasar (asas) berpikir umat roboh, menyebabkan filsafat asing (kufur) melelehkan umat dari dalam. Umat yang dahulunya melahirkan da'i-da'i yang menyeru menuju agama Allah dan pembawa bendera kebenaran berubah melahirkan orang-orang kafir, durhaka lagi menentang.

Sikap tegas terhadap buku-buku yang menyelisihi Al Qur-an dan Sunnah ini bukan berarti tidak mengobati khilaf (perselisihan) yang tumbuh di tengah umat yang lembut, saling memahami dan diskusi, atau berarti menghilangkan perselisihan dengan kekerasan. Bahkan sikap ini sebenarnya bermakna kerja keras agar umat tetap berada di atas jalan yang haq, berpegang teguh terhadap iman dan diennya, tanpa melarang diskusi pemikiran yang terarah dan bantahan terhadap pembahasan ilmiyah dan pemikiran dengan pembahasan yang serupa dalam bentuk bantahan ilmiah yang kokoh. Imam Ibnul Qayyim berpendapat bahwa bantahan ilmiah terhadap buku-buku tersebut tidak hanya mubah terkadang wajib atau mandub (disukai) tergantung keadaan.

Maraji: Majalah As Sunnah Edisi 12 / Th. IV / 1421-2000, Diterjemahkan oleh Aris Munandar bin S Ahmadi Lamfunji.

Sumber: Menyikapi Buku-buku Menyesatkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular