Tentang Penulis dan Blog



Nama dan latar belakang.

Nama diberi saya adalah Suhili bin Nain. Saya berasal daripada Kota Kinabalu, Sabah. Lahir pada 27 November 1990 di Hospital Queen Elizabeth. Saya merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik, dan saya merupakan pasangan kembar bersama abang saya.

Pendidikan.
 
Ketika kecil saya mendapat pengajian awal di SK. Gentisan yang berlokasi di Kampung Gentisan, Teluk Sepanggar. Selepas itu saya melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di SMK Bandaraya, Kota Kinabalu daripada tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Kemudian daripada itu saya melanjutkan pelajaran di dalam bidang agama di Pusat Latihan Dakwah Kudat selama setahun pada tahun 2008, meneruskan program pengajian lanjutan di Pusat Latihan Dakwah Keningau daripada tahun 2009 hingga 2011. Kini saya berkhidmat di sebagai tenaga pengajar di Sekolah Agama Rakyat Al-Hidayah, Kota Kinabalu Sabah.

Cita dan Impian.

Impian saya adalah untuk menjadi salah seorang daripada penyambung dakwah Islam yang berlandaskan sunnah daripada zaman ke zaman. Selain itu, pada suatu hari nanti saya impikan untuk memiliki sebuah perpustakaan peribadi, kerana saya adalah seorang yang minat membaca, terutamanya buku-buku berkaitan agama dan motivasi.

Blog: Pencinta Buku.

Blog ini saya namakan sebagai Pencinta Buku kerana saya adalah salah seorang daripada golongan-golongan yang mencintai buku. Hobi saya ketika masa lapang adalah membaca dan mengutip hikmah, khazanah dan pengajaran yang tersimpan di dalam lembaran-lembaran buku yang ditelaah. Insya' Allah, daripada blog ini saya akan berkongsi dengan anda apa yang saya perolehi daripada pembacaan saya selama ini, saya ilmu yang dibaca daripada buku, pengajaran guru dan pengajaran daripada kitab alam yang serba luas yang senantiasa menanti untuk ditelaah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular