Jumaat, 16 September 2011

Syair Arab; Kenalilah Keburukan...

Oleh: Suhili bin Nain.



عَرَفْتُ الشَّرَّ لاَ لِلشَّرِّ وَلَكِنْ لِتَوَقِّيْهِ

وَمَنْ لَمْ يَعْرِفِ الْخَيْرَ مِنَ الشَّرِّ وَقَعَ فِيْهِ

Maksudnya:
Aku mengenali keburukan bukan untuk melakukannya, namun untuk menjauhinya,
Siapa yang tidak mengenal kebaikan daripada keburukan, tentu akan terjerumus kepadanya.




Ulasan Blogger Pencinta Buku:

Untuk mendapat keselamatan, kita bukan sahaja perlu melakukan kebaikan, tetapi kita juga perlu untuk menghindarkan diri daripada keburukan yang diharamkan oleh Allah s.w.t. Dan adalah sesuatu yang mustahil bagi kita untuk menghindari keburukan itu melainkan dengan ilmu. Oleh itu, wajiblah ke atas kita untuk mengenali keburukan.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan, bahawa Huzaifah bin Al-Yaman pernah berkata:

"Manusia bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang kebaikan, sedangkan aku bertanya kepada beliau tentang keburukan kerana bimbang ianya menimpaku."

Kita perlu mengenali tauhid, pada masa yang sama kita juga perlu mengenali syirik. Kita perlu mengenali sunnah, pada masa yang sama kita juga perlu mengetahui bid'ah. Kita perlu mengenali  perkara halal, pada masa yang sama kita juga perlu mengenali perkara haram. Kita perlu mengenali perintah Allah s.w.t, pada masa yang sama kita juga perlu mengenali perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t.


Sumber syair: Offline Blog Sunniy Salafy versi 10.10 (CHM ebook),  Kumpulan Syair Penggugah Jiwa, Bahagian 7, Poin 50.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular