Khamis, 8 September 2011

Pesanan Buat Perhiasan Dunia dan Pelindungnya.

Oleh: Suhili bin Nain.


Wanita dan lelaki adalah dua makhluk yang diciptakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk saling melengkapi antara satu sama lain dan fitrah saling mencederung-mencederungi antara satu sama lain. Di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti berdirinya seorang wanita. Begitulah kata orang.

Wanita akan menjadi seindah-indah perhiasan dunia yakni wanita solehah, seandainya ia seorang yang senantiasa bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala; melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala perkara yang dilarang-Nya. Namun begitu, sekiranya wanita menjadi ingkar kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, batas halal dan haram diketepikan, perintah dan larangan tidak dihiraukan, maka jadilah wanita itu sebagai fitnah dunia. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam:

"Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang lebih aku bimbangi ke atas kaum lelaki lebih daripada (fitnah) perempuan." (Hadis riwayat Muslim)

Manakala lelaki pula telah diamanahkan tanggungjawab untuk melindungi wanita daripada perkara yang tidak elok dan dimurkai Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan dia hanya akan dapat melaksanakan tugas itu dengan sebaiknya seandainya ia menjadi hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bertaqwa dan senantiasa beramal soleh; melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala dan meninggalkan segala yang dilarang-Nya. Tetapi, sekiranya sebaliknya yang berlaku. Lelaki itu menjadi toleh, ingkar perintah Penciptanya, lupa akan dirinya sebagai hamba, maka lelaki itu akan menjadi perosak wanita.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan..." (Surah An-Nisaa': 34)

P/S: Artikel ini adalah salah satu daripada artikel-artikel dalam sebuah manuskrip tulisan saya yang bertajuk, Wahai Diriku.
V

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular